SEOUL, 7 Disember- Satu usul untuk mendakwa Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera yang gagal ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.
Usul itu kurang lima undi untuk mencukupi kuorum ditetapkan selepas kesemua 192 wakil rakyat pembangkang dan tiga ahli parlimen parti pemerintah Parti Kuasa Rakyat mengundi.
Terdahulu, Yoon pada Sabtu menyatakan kekesalan kerana menimbulkan kebimbangan awam susulan pengisytiharan undang-undang tentera awal minggu ini, sambil berikrar tidak akan mengulangi tindakan sedemikian.
Yoon membuat kenyataan itu dalam penampilan umum pertamanya selepas beliau mengisytiharkan undang-undang tentera pada Selasa malam, yang kemudiannya dibatalkan enam jam kemudian selepas Dewan Negara menolaknya.
Yoon menjelaskan bahawa keputusan berkenaan diambil atas dasar "terdesak" sebagai presiden, tetapi mengakui tindakan itu telah menimbulkan kebimbangan dan kesulitan kepada rakyat. -BERNAMA-YONHAP
BERITA BERKAITAN
- Presiden K. Selatan mohon maaf, enggan letak jawatan selepas kontroversi undang-undang tentera
- Ketua Turus Angkatan tentera Korea Selatan dakwa tidak tahu rancangan darurat Presiden Yoon
- Krisis Korea Selatan: Yoon terus didesak letak jawatan
- "Tindakan Yoon langgar perlembagaan" - Pembangkang
- Menteri Pertahanan Korea Selatan letak jawatan
- Kronologi 24 jam 'drama politik' Korea Selatan selepas isytihar darurat tentera