GAZA, 28 Disember- Upacara pengebumian mangsa serangan Israel diadakan di Hospital Syuhada Al-Aqsa, Deir al-Balah.
Israel melancarkan serangan darat berskala besar di utara Gaza pada 5 Oktober lalu.
Serangan berterusan Israel terhadap Gaza telah menyebabkan lebih 45,400 orang terbunuh, sejak 7 Oktober tahun lalu.
Sejak itu, tiada bantuan kemanusiaan mencukupi, termasuk makanan, ubat-ubatan, dan bahan api, dibenarkan masuk, menyebabkan penduduk semakin hampir menghadapi kebuluran.
Bulan lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel juga menghadapi kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung perang di wilayah tersebut. - REUTERS