fb fb fb fb fb

UNIFIL tamat operasi di Lubnan pada 2027

Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) itu telah ditempatkan di beberapa kem selama hampir 50 tahun.

WASHINGTON, 29 Ogos - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bersetuju untuk mengeluarkan pasukan pengaman PBB secara sepenuhnya di Lubnan pada 2027.

Keputusan dibuat menerusi undian sebulat suara di Washington selepas menerima tekanan daripada Amerika Syarikat dan sekutunya Israel yang mahu Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) berundur seawal tahun depan.

Perkembangan tersebut sekali gus menamatkan misi UNIFIL selama hampir 50 tahun di Beirut.

Sementara itu, Presiden Lubnan Joseph Aoun menyifatkan keputusan berkenaan akan mengesah dan mengukuhkan kedaulatan Lubnan di atas sempadannya, tanpa campur tangan pihak luar. - AFP

JALALUDDIN BIN BAHARIN