fb fb fb fb fb

UNHCR gesa tindakan global bantu pelarian Sudan

Foto AFP

KHARTOUM, 25 Julai – Pengarah Serantau Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk Sudan, Mamadou Dian Balde, mengadakan lawatan ke Khartoum, ibu negara Sudan, yang terus musnah akibat lebih dua tahun konflik bersenjata.

Dalam kenyataannya semasa lawatan tersebut, beliau menggesa komuniti antarabangsa agar memberikan sokongan yang lebih menyeluruh bagi membolehkan rakyat Sudan yang terjejas akibat perang kembali ke tanah air mereka dengan selamat dan bermaruah.

Menurut angka dikeluarkan oleh PBB, lebih empat juta rakyat Sudan telah melarikan diri ke luar negara sejak konflik meletus pada 2023 antara tentera tetap Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF), manakala lebih 10 juta lagi kini menjadi pelarian dalam negara sendiri. -AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN