fb fb fb fb fb

Ular sawa dipenggal selepas telan nenek 55 tahun

FOTO REUTERS

SULAWESI SELATAN, 13 April- Penduduk di daerah Buton, Indonesia digemparkan dengan penemuan mayat seorang nenek yang hampir ditelan seekor ular sawa dengan kepalanya berada dalam mulut reptilia terbabit.

Insiden mengerikan itu berlaku pada 9 April lalu, ketika Wa Siti, 55, sedang mengutip sayur-sayuran dari salah sebuah kebunnya di sini.

Anaknya, La Faru berkata dia mula mencari ibunya itu setelah mangsa tidak pulang ke rumah. Namun, dia terkejut apabila menemui ibunya telah separuh ditelan ular sepanjang kira-kira tujuh meter itu.

"Saya selalu bimbang dia bekerja di kebun. Saya pernah melihat ular besar sebelum ini. Dia telah bekerja di kebun sejak kecil, jadi dia tidak takut," kata

Dalam kejadian itu, kepala Wa Siti ditemui berada di dalam mulut ular berkenaan dengan mukanya dipenuhi lendir.

Sementara itu, Inspektor Hardi berkata ular tersebut telah dibunuh oleh penduduk kampung, namun mangsa tidak sempat diselamatkan.

"Laporan polis menyatakan mereka (penduduk) menemui mangsa dalam keadaan ular melilit tubuhnya dan kepala mangsa berada dalam mulut ular.

"Mereka memenggal kepala ular itu dan segera mengeluarkan mangsa. Malangnya, mangsa sudah tidak bernyawa lagi," katanya.

Video yang tersebar turut menunjukkan penduduk dipercayai jiran-jiran mangsa memegang lampu suluh dan parang sambil bergelut dengan ular tersebut dalam kawasan semak. -Reuters

SITI AISHAH MD ISA