fb fb fb fb fb

Ular ceroboh padang, perlawanan bola sepak terpaksa dihentikan

FOTO AP

NUEVA CONCEPCION, 23 Februari- Seekor ular menjadi perhatian apabila menceroboh padang semasa perlawanan bola sepak antara Nueva Concepcion dan Municipal berlangsung di Estadio Municipal Jose Luis Ibarra di Guatemala.

Pemain pada mulanya cuba melihat dengan lebih dekat reptilia itu sebelum tiba-tiba haiwan itu bergerak menyebabkan para pemain lari ketakutan.

Petugas stadium dan pegawai polis berjaya menangkap ular itu menggunakan batang kayu dan perisai rusuhan.

Perlawanan kemudiannya bersambung semula selepas selang lapan minit ketika Nueva Concepcion mengekalkan kedudukan 1-0 untuk kemenangan pertama mereka musim ini.- AP

Media Baharu