KIEV, 13 Jun - Ukraine mengumumkan telah menerima 1,200 mayat tenteranya yang terkorban dalam perang dengan Rusia.
Ia sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tawanan perang dan mayat antara kedua-dua negara.
“Menurut pihak Rusia, mayat-mayat tersebut adalah milik warganegara Ukraine, termasuk anggota tentera,” kata Jawatankuasa Penyelaras Pertukaran Tawanan dalam satu kenyataan di Telegram hari ini, sambil menambah bahawa ujian pengenalpastian akan dijalankan oleh pakar.

Jawatankuasa tersebut turut menyiarkan beberapa gambar yang didakwa menunjukkan proses pemulangan mayat di satu lokasi yang tidak didedahkan, dengan kelihatan individu berpakaian perlindungan berwarna putih dan logo Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) pada pakaian mereka.
Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan lokasi atau tarikh sebenar gambar-gambar tersebut dirakam. - REUTERS