(Iryna Vereshchuk/REUTERS)
KIEV, 20 April - Ukraine dan Rusia bersetuju membuka koridor kemanusiaan yang selamat untuk orang awam keluar dari bandar pelabuhan Mariupol yang terkepung pada Rabu.
Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Iryna Vereshchuk berkata persetujuan awal dicapai untuk membuka laluan tersebut untuk wanita, kanak-kanak dan warga emas.
"Dengan mengambilkira situasi bencana kemanusiaan di Mariupol, kami akan menumpukan usaha kami ke arah itu hari ini.
"Kami telah berjaya mendapatkan persetujuan awal mengenai koridor kemanusiaan untuk wanita, kanak-kanak dan warga emas," katanya dalam tulisan menerusi Telegram.
(Kediaman penduduk tempatan yang rosak akibat tembakan di Mariupol/REUTERS)
Vereshchuk memberitahu, penduduk diminta berhimpun pada pukul 2 petang waktu tempatan untuk dipindahkan ke bandar Zaporizhzhia yang dikuasai Ukraine.
Bagaimanapun memberi amaran berkenaan dengan situasi keselamatan yang sangat sukar, perubahan mungkin berlaku.
Sebelum ini, proses pemindahan terhenti sejak tiga hari lalu apabila Kiev mendakwa tiada persetujuan boleh dicapai ketika Moscow meningkatkan serangan.-AFP