fb fb fb fb fb

Ukraine mohon bantuan dunia hentikan perang

FOTO AFP

KIEV, 25 Februari- Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba, menerusi ciapan Twitter berkata, perang Presiden Rusia, Vladimir Putin sudah bermula dan beliau meminta bantuan dunia bagi menghentikannya.

Serangan roket dilancarkan terhadap semua pangkalan tentera di seluruh negara dan tentera Rusia sudah mendarat di bandar pelabuhan Odessa dan Mariupol di selatan.

Letupan turut dilaporkan di Kharkiv, sebuah bandar besar kira-kira 35 kilometer ke selatan sempadan Rusia.

Selain itu, empat letupan kuat dilaporkan di Kramatorsk, bandar pesisir pantai yang juga pusat pentadbiran kerajaan Ukraine di zon perang timur.

Ukraine juga bertindak menutup ruang udaranya kepada pesawat awam berikutan pengisytiharan perang itu.- AFP

Media Baharu