(Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky mengadakan taklimat di Pejabat Ketua Negara di Kiev pada 24 Februari 2022/AFP)
KIEV, 25 Februari - 137 rakyat Ukraine maut pada hari pertama serangan berskala besar tentera Rusia, semalam.
Presiden Volodymyr Zelensky berkata, mereka yang terkorban terdiri daripada anggota tentera dan orang awam.
Selain daripada itu, 316 yang lain cedera.
"Negara kami bersendirian dalam perjuangan mempertahankan tanah air. Siapakah yang bersedia berjuang bersama kami? Saya tidak nampak sesiapa," katanya dalam rakaman video yang disiarkan ke seluruh negara.
Zelensky juga berkata 'kumpulan sabotaj' Rusia telah memasuki ibu negara, Kiev.
"Kumpulan-kumpulan sabotaj musuh telah memasuki Kiev," katanya sambil menggesa semua penduduk supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi peraturan perintah berkurung. -AFP