FOTO AFP
WASHINGTON, 25 Februari- Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pada Khamis berikrar untuk mempertahankan setiap inci wilayah NATO selepas Rusia menghantar tentera ke Ukraine.
Bagaimanpun tetap menegaskan semula bahawa tiada tentera Amerika akan dikerahkan ke sekutu Washington.
"Seperti yang saya jelaskan, Amerika Syarikat akan mempertahankan setiap inci wilayah NATO dengan kekuatan penuh kuasa Amerika," kata Biden dalam ucapan kepada negara itu dari Rumah Putih.
Presiden menambah, bagaimanapun: "Pasukan kami tidak akan terlibat dalam konflik dengan Rusia di Ukraine."
Sementara itu di Moscow, Polis Rusia telah menahan hampir 1,400 orang dalam protes anti-perang di seluruh Rusia selepas Presiden Vladimir Putin menghantar tentera untuk menyerang Ukraine, kata pemantau bebas pada Khamis.
"Lebih 1,391 orang telah pun ditahan di 51 bandar," kata OVD-Info, yang menjejaki penahanan di perhimpunan pembangkang. Lebih 700 orang telah ditahan di Moscow dan lebih 340 orang di bandar kedua terbesar Saint Petersburg, kata pemantau itu.-AFP