fb fb fb fb fb

“Tidak untuk berperang”- Smolov, pemain bola sepak Rusia

FOTO GOOGLE

PARIS, 25 Februari- Fedor Smolov menjadi pemain bola sepak antarabangsa Rusia pertama yang secara terang-terangan menyatakan penentangannya terhadap pencerobohan Ukraine oleh Rusia .

Smolov membuat satu hantaran di Instagram: dengan kapsyen“Tidak untuk berperang."

Pemain penyerang Dynamo Moscow berusia 32 tahun itu membuat hantaran tersebut dengan berlatar belakangkan hitam diikuti kapsyen yang dilengkapi dengan bendera Ukraine serta ikon patah hati.

Smolov mempunyai caps 45 kali bersama skuad kebangsaan Rusia menyatakan tentangan beliau beberapa jam selepas pelancaran pencerobohan diumumkan oleh Presiden Vladimir Putin.

Terdahulu, pada Rabu penyerang Benfica dari Ukraine, Roman Yaremchuk meraikan gol Liga Juara-Juara dengan mendedahkan baju yang mengandungi lambang negaranya.

Pemain berusia 26 tahun itu menjaringkan gol yang memberikan kelab Portugalnya seri 2-2 menentang Ajax dan kemudian mempamerkan baju hitam dengan simbol Tryzub.

"Saya mahu menyokong negara saya. Saya banyak memikirkannya dan saya takut dengan keadaan itu," katanya kepada CNN Portugal.

"Kelab menyokong saya, mereka bercakap dengan saya dan mahu melakukan segala-galanya untuk membantu saya. Saya berterima kasih kepada mereka, walaupun buat masa ini semuanya baik-baik saja.”- AFP

Media Baharu