fb fb fb fb fb

Ukraine menembak jatuh 30 dron Rusia di 11 wilayah

FOTO REUTERS

KIEV, 16 Disember - Pasukan pertahanan udara Ukraine dan pasukan pemusnah dron menembak jatuh 30 daripada 31 dron Rusia di 11 wilayah di seluruh negara itu pada Sabtu, kata tentera udara Ukraine.

Satu letupan menggegarkan seluruh ibu kota Ukraine, Kiev ketika unit pertahanan udara menggunakan dron Rusia, kata saksi Reuters.

“Ini adalah serangan udara keenam ke atas Kiev sejak awal bulan ini,” kata Serhiy Popko, ketua pentadbiran tentera bandar itu.

"Malam ini, selepas tiga hari ancaman peluru berpandu balistik, musuh sekali lagi melancarkan Shahed di ibu negara. Dron itu menyerang dalam dalam kumpulan dari arah yang berbeza," kata Popko.

Tiada kemalangan jiwa dan tiada kerosakan besar dilaporkan di Kiev, kata Popko.

Tentera udara Ukraine berkata, tentera Rusia melancarkan dron Shahed buatan Iran dari tiga arah berbeza di Rusia menyasarkan 11 wilayah berbeza di tengah, utara dan selatan negara itu.

Tentera udara berkata dalam satu kenyataan di aplikasi Telegram bahawa jet pejuang, unit peluru berpandu antipesawat dan kumpulan pemusnah dron menangkis serangan dron Rusia.

Datuk Bandar Kyiv Vitali Klitschko berkata, unit antipesawat mula bertindak ketika kumpulan dron Rusia terbang merentasi pinggir bandar dan menyasarkan kawasan berhampiran pusat bandar.

Saksi Reuters melaporkan letupan kuat selepas tengah malam. Satu siri letupan baharu dalam tempoh 45 minit seterusnya turut melanda kawasan berhampiran daerah tengah Ibu Negara Ukraine.

Amaran udara dikeluarkan di wilayah Ukraine dikeluarkan selama kira-kira lima jam.

Serangan dron Rusia ke atas bandar dan wilayah Ukraine semakin kerap kebalalangan ini. Pegawai Ukraine berkata Rusia menyasarkan infrastruktur kuasa dan tenaga negara semasa dan menjelang musim sejuk yang kritikal.

Moscow menafikan menyasarkan infrastruktur awam Ukraine. - REUTERS

TETITIA YUSOFF