GAZA, 16 Disember- Tentera Israel tersalah membunuh tiga tebusannya yang ditahan oleh tentera Hamas di Gaza. Ia selepas tersilap mengenal pasti tebusan itu.
Ketika ini Amerika Syarikat (AS) menggesa Israel mengurangkan kempen ketenteraannya dan terus menyasarkan pemimpin Hamas.
Dalam serangan mengejut merentas sempadan ke atas Gaza pada 7 Oktober lalu membunuh hampir 19,000 penduduk, kata pihak berkuasa kesihatan Gaza. Sementara itu ribuan lagi dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan.
Gaza terus dibedil dan organisasi bantuan memberi amaran berkenaan isu kemanusiaan.
AS turut memberi amaran kepada Israel kerana ia berkemungkinan kehilangan sokongan antarabangsa berikutan serangan yang dilakukan ke atas penduduk Palestin.
Pertempuran di Gaza berterusan selepas gencatan senjata ditamatkan.
Sebahagian besar 2.3 juta penduduk Gaza dihalau dari kediaman mereka sejak dua bulan lalu.
Agensi bantuan turut memberi amaran berikutan isu kebuluran besar-besaran dan penyakit yang akan menyerang penduduk Palestin.
Penduduk Palestin juga merayu agar Israel membenarkan bantuan makanan dan kemanusiaan masuk di Kerem Shalom di sempadan Mesir, Israel dan Gaza.
Penduduk Gaza berkata, satu lagi pertempuran dan pengeboman di sepanjang enklaf itu pada Jumaat, termasuk di Sheijaia, Sheikh Radwan, Zeitoun, Tuffah dan Beit Hanoun di utara, dan di pinggir tengah dan utara bandar utama selatan Khan Younis.
"Gaza dihujani serangan dalam sekelip mata, kami dapat mendengar letupan dan bunyi tembakan bergema dari semua arah," kata seorang juruelektrik dan bapa kepada enam anak Ahmed, 45, kepada Reuters.
"Mereka memusnahkan rumah dan jalan raya serta membunuh orang awam melaluli udara atau menerusi tembakan kereta kebal."- REUTERS