fb fb fb fb fb

Delegasi Korea Utara ke China untuk rundingan politik - KCNA

Pelayan wanita China melepasi bendera Korea Utara dan China sebelum pertemuan Menteri Luar Korea Utara Ri Yong Ho dan Menteri Luar China Wang Yi/REUTERS

SEOUL, 16 Disember- Satu delegasi diplomatik Korea Utara melakukan lawatan ke China untuk rundingan mengenai pengukuhan kerjasama, kata media negara Korea Utara (KCNA) pada Sabtu.

Ketika ini Pyongyang perlahan-lahan membuka sempadannya dan menyambung semula perdagangan dengan jirannya selepas pandemik COVID-19.

Naib Menteri Luar Korea Utara Pak Myong Ho dan rakan sejawatannya Sun Weidong membincangkan perkara bagi meningkatkan kerjasama strategik dan hubungan dua hala pada Jumaat, kata KCNA dalam satu kenyataan.

Pegawai Korea Utara ke China bagi membincangkan isu politik secara terbuka merupakan sesuatu jarang berlaku apabila Korea Utara menutup sempadannya untuk mengekang penularan COVID-19.

Bagaimanapun lawatan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un untuk bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin pada September adalah lawatan pertamanya ke luar negara sejak dunia dilanda wabak.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI