fb fb fb fb fb

Berpuluh-puluh terbunuh dalam serangan udara Israel - Media Palestin

Jentolak berperisai D9 milik Israel bergerak berhampiran sempadan dengan Gaza, selepas gencatan senjata ditamatkan/REUTERS

GAZA, 16 Disember- Berpuluh-puluh rakyat Palestin terbunuh di Gaza dalam serangan udara oleh Tentera Israel, kata media Palestin.

Perkara itu selepas Amerika Syarikat menggesa Israel untuk menyasarkan pemimpin Hamas.

Sekurang-kurangnya 14 orang maut akibat serangan yang melanda dua rumah di Jalan Gaza Lama di Jabalia, dan berpuluh-puluh terbunuh dalam serangan di Jabalia, kata agensi berita rasmi WAFA.

Agensi Media Palestin melaporkan sejumlah besar orang awam terperangkap di bawah runtuhan akibat serangan yang dilancarkan itu.

Tentera Israel berkata, pesawatnya menyasarkan sebuah bangunan di Jabalia selepas tenteranya diserang dan beberapa tentera Hamas dikenal pasti berada di atas bumbung.

Tentera rejim zionis berkata, tenteranya menyerang tentera Hamas yang bersembunyi di dua sekolah di Bandar Gaza dan menyerbu pangsapuri di Khan Younis.

Pertempuran darat yang sengit itu merentasi Gaza selain bantuan kemanusiaan dan makanan disekat.

Amerika Syarikat turut berkata, Israel berisiko kehilangan sokongan antarabangsa kerana serangan udara yang membunuh penduduk Palestin.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI