fb fb fb fb fb

Ukraine isytihar darurat selama 30 hari

(Gambar fail tentera Ukraine di satu lokasi berhampiran sempadan Rusia/AFP)

KYIV, 24 Februari - Darurat diisytihar di seluruh Ukraine berkuat kuasa hari ini ketika kebimbangan pencerobohan Rusia yang semakin memuncak.

Penggubal undang-undang meluluskan dekri oleh Presiden, Volodymyr Zelenskyy untuk mengenakan perintah darurat selama 30 hari.

Volodymyr, dalam perutusan khas tengah malam tadi waktu tempatan berkata, beliau tidak boleh meramalkan apa yang bakal berlaku selepas darurat diisytiharkan.

Sejurus pengisytiharan dibuat, Ukraine menggesa semua rakyatnya yang berada di Rusia supaya segera pulang ke negara itu.

Kyiv turut mengumumkan perkhidmatan ketenteraan wajib kepada semua golongan lelaki dewasa.

Sementara itu, Moscow mula memindahkan kedutaannya di Kyiv, Ukraine ketika insiden pertempuran antara pasukan tentera Ukraine dan kumpulan pemisah pro-Rusia yang dilaporkan semakin sengit di timur negara itu.

Sehingga kini, tiada sebarang petunjuk untuk menyatakan Presiden Rusia, Vladimir Putin akan melancarkan serangan besar-besaran terhadap Ukraine biarpun ratusan ribu tenteranya berada di kawasan sempadan.

Media Baharu