(Ratusan penunjuk perasaan bantah tindakan Rusia di luar kedutaan di London - Foto AFP)
LONDON, 24 Februari - Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di luar kedutaan Rusia di negara itu pada malam Rabu untuk membantah kemungkinan pencerobohan Ukraine oleh Rusia.
Protes itu berlaku susulan tindakan Presiden Rusia, Vladimir Putin didakwa sudah memutuskan untuk menyerang Ukraine.
Sementara itu, di Donestk pada Selasa lalu, ratusan penduduk Mariupol turut mengadakan protes di pusat bandar itu untuk menghantar mesej bagi membantah tindakan Vladimir atas dakwaan pencerobohan yang akan berlaku dalam masa terdekat.
Latihan ketenteraan Russia di Belarus sepatutnya sudah berakhir pada Ahad lepas namun diteruskan, sekali gus meningkatkan kekhuatiran dalam kalangan kuasa Barat bahawa Rusia akan menyerang Ukraine dalam masa terdekat.
Beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Jepun, China dan Singapura menunjukkan sekatan dan kawalan ke atas Rusia.
Sejak Isnin lalu, imej satelit dikeluarkan Maxar Technologies berpusat di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan beberapa penempatan baharu di lapangan melibatkan kenderaan berperisai dan tentera Rusia berhampiran sempadan Ukraine. - AP