fb fb fb fb fb

Majlis keselamatan Ukraine gesa isytihar darurat

FOTO AFP

KIEV, 24 Februari - Jawatankuasa keselamatan Ukraine meluluskan pelan untuk mengisytiharkan darurat negara, sebagai tindak balas terhadap ancaman pencerobohan Russia yang semakin meningkat.

Keputusan tersebut diluluskan pada hari sama Moscow mula mengosongkan kedutaannya di Kiev.

Setiausaha Majlis Keselamatan dan Pertahanan Ukraine, Oleksiy Danilov menyatakan situasi kini tidak menentu namun masih dalam kawalan pasukan keselamatan.

"Pengisytiharan darurat tersebut membolehkan kerajaan mengguna pakai langkah keselamatan lebih ketat.

"Perintah darurat terpakai di semua bahagian Ukraine, kecuali dua wilayah yang dikuasai kumpulan pemisah disokong Rusia," katanya

Menurutnya, beliau menyifatkan langkah diambil itu sebagai pencegahan. - AFP

Media Baharu