fb fb fb fb fb

Ukraine dakwa Putin dalang pembunuhan ketua Wagner

(Pemandangan menunjukkan kubur ketua kumpulan tentera upahan persendirian Wagner,
Yevgeny Prigozhin yang terbunuh dalam nahas jet peribadi di wilayah Tver/Foto fail AFP)

KIEV, 9 September- Ukraine pada Jumaat menuduh Presiden Rusia, Vladimir Putin mendalangi kematian ketua kumpulan tentera upahan Wagner, Yevgeny Prigozhin.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata semua pihak mempunyai maklumat mengenainya.

"Dia membunuh Prigozhin, sekurang-kurangnya kita semua mempunyai maklumat ini," kata Zelensky dalam ucapannya di sini, sambil menambah bahawa pemimpin Rusia itu telah menjadi "lemah dari segi politik".

Prigozhin terbunuh dalam nahas pesawat, bulan lalu. Beliau merupakan antara 10 mangsa yang tersenarai dalam jet peribadi yang terhempas di Tver, barat laut Moscow.-AFP

(Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky/Foto fail AFP)

Media Baharu