fb fb fb fb fb

30 terkorban akibat gempa bumi di Maghribi

FOTO AFP

RABAT, 9 September- Gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala Richter menggegarkan Maghribi, mengakibatkan 30 mangsa terkorban, setakat ini.

Usaha mencari dan menyelamat giat dijalankan.

Pusat gempa dengan kedalaman 18.5 kilometer ditentukan pada 31.11 darjah utara dan 8.44 darjah barat, kira-kira 70 kilometer barat daya Marrakesh.

Gegaran kuat telah mencetuskan panik dalam kalangan penduduk dan meninggalkan kediaman masing-masing.

Mereka berkumpul di jalan raya kerana bimbang berlaku gegaran susulan.

Beberapa rakaman video dikongsikan dalam media sosial mendapat perhatian pengguna global, menunjukkan insiden runtuhan bangunan.

Bekalan elektrik dan rangkaian telekomunikasi turut terjejas.


(FOTO REUTERS)

Sejumlah besar penduduk yang cedera menerima rawatan di hospital-hospital sekitar Marrakesh.

Gempa kuat dirasai di kebanyakan bandar di seluruh Maghribi, termasuk Rabat dan Casablanca.

Media tempatan melaporkan, banyak kediaman musnah di bandar Taroudant dan Marrakesh.- REUTERS

Media Baharu