RIO GRANDE DO SUL, 9 September- Brazil bersiap sedia menghadapi kemungkinan bencana yang lebih buruk melanda selepas lima hari taufan melanda selatan negara itu.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 41 terkorban, manakala hampir 50 yang lain dilapor masih hilang.
Usaha mencari dan menyelamat terus dipergiat dengan kira-kira 1,000 petugas kecemasan dikerah dengan kekuatan 12 helikopter.
Lapan pesawat tentera dengan kekuatan ratusan askar turut digerakkan.
Taufan yang menyebabkan hujan lebat dan banjir di negeri Rio Grande do Sul, telah meragut 41 nyawa dan menjejaskan lebih 135,000 penduduk setakat ini.
Naib Presiden Brazil, Geraldo Alckmin telah mengumumkan bantuan kerajaan persekutuan berupa 20,000 bakul makanan dan kit perubatan kepada 15,000 penduduk.
Di samping itu, lebih 3,000 penduduk yang kehilangan rumah bakal menerima 800 Reais, bersamaan 167 Dolar.-AFP
(Foto FB NASA)