fb fb fb fb fb

Penduduk, nelayan Jepun fail saman henti pelepasan air radioaktif Fukushima

(Pemandangan udara loji nuklear Fukushima Daiichi/Foto Reuters)

TOKYO, 9 September- Kira-kira 150 orang di Jepun, termasuk pekerja perikanan di wilayah Fukushima, memfailkan saman pada Jumaat untuk menghentikan pelepasan air sisa radioaktif terawat dari loji nuklear Fukushima Daiichi.

Dalam saman yang dikemukakan terhadap kerajaan Jepun dan pengendali loji nuklear berkenaan (TEPCO), plaintif mendakwa pelepasan itu melanggar hak menangkap ikan mereka dan mengancam hak pengguna untuk hidup aman.

Kerajaan Jepun dan TEPCO telah membuat komitmen bertulis kepada Persatuan Koperasi Perikanan di wilayah Fukushima bahawa mereka tidak akan melepaskan air tercemar nuklear tanpa pemahaman pihak yang berkaitan.

Bagaimanapun, kerana janji itu telah dimungkiri, pekerja perikanan sedang mencari cara undang-undang untuk menghentikan pelepasan air sisa radioaktif.

Walaupun mendapat tentangan hebat dari dalam dan luar negara, Jepun mula melepaskan air sisa radioaktif Fukushima ke Lautan Pasifik pada 24 Ogos; mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ramai nelayan mengenai mata pencarian mereka.-REUTERS

(Kira-kira 150 orang di Jepun, termasuk pekerja
perikanan memfailkan saman pada Jumaat/Foto Reuters)

Media Baharu