NEW DELHI, 9 September- Perdana Menteri India Narendra Modi menyambut ketibaan pemimpin dunia untuk sidang kemuncak G20 di sini.
Modi berjabat tangan dengan kebanyakan pemimpin dunia dan India bersedia untuk perbincangan dua hari mengenai Ukraine, perubahan iklim dan isu global lain.
G20 dijangka mengalu-alukan Kesatuan Afrika ke dalam barisannya hujung minggu ini, beliau menyambut pengerusi kumpulan itu dan Presiden Comoros Azali Assoumani.
Perluasan blok itu menjadi "G21" akan menjadi kemenangan diplomatik bagi Modi, yang bakal menghadapi pilihan raya kebangsaan tahun depan dan menggunakan hak sebagai tuan rumah untuk forum tahun ini.
Beberapa kebelakangan ini agak sukar mencari kata sepakat dalam kalangan ahli berikutan konflik yang berlaku mengenai perang Ukraine.
Vladimir Putin dari Rusia dan Xi Jinping dari China tidak hadir sidang kemuncak tahun ini.
Moscow terus mendesak sekutunya untuk mengetepikan kecaman antarabangsa terhadap pencerobohannya ke atas Ukraine, menimbulkan sekatan jalan utama untuk tindakan bersama.- AFP
(Narendra Modi/AFP)