fb fb fb fb fb

Ucapan hasutan: DJ Radio prodemokrasi Hong Kong dipenjara 40 bulan

(Protes pada 2019/Fail AFP)

HONG KONG, 20 April- Peneraju atau DJ Radio prodemokrasi Hong Kong dihukum penjara 40 bulan atas dakwaan mengeluarkan “ucapan berbaur hasutan” bawah undang-undang era kolonial British.

Tam Tak-chi, 49, antara aktivis yang dikenakan tindakan bawah undang-undang tersebut yang bilangan kes semakin meningkat.

Sebelum ini, tuduhan seperti itu jarang dikenakan bagi mengekang protes prodemokrasi besar-besaran pada 2019 yang kadangkala bertukar ganas.

Hakim, Stanley Chan ketika mengumumkan hukuman itu berkata, tindakan terhadap Tam lebih berat kerana ucapan berterusan dibuat Tam meskipun China menguatkuasakan undang-undang keselamatan negara ke atas Hong Kong pada 2020.

“Panjang umur, ibu tunggu saya,” jerit Tam ketika dia dibawa keluar dari mahkamah.

Lebih dikenali dengan nama panggilan “Fast Beat”, Tam mengendalikan rancangan bual bicara popular secara dalam talian dan sering menyokong tindakan prodemokrasi serta mengkritik kerajaan dengan menggunakan bahasa berbaur hasutan.

Dia dilihat sering hadir ketika protes prodemokrasi dan kerap menyampaikan ucapan politik dijalanan atau secara terbuka.


(Protes pada 2019/Fail AFP)

Pendakwaraya menuduh Tam mengeluarkan hasutan kebencian terhadap pihak berkuasa dengan melaungkan slogan "Bebaskan Hong Kong, Revolusi Zaman Kita", mengutuk pasukan polis dan berulang kali menuntut "Mansuhkan Parti Komunis".

Chan berkata “Tam seorang lelaki kasar berusia 50 tahun yang bertindak secara melulu untuk mendapatkan kedudukan dengan gaji besar dalam badan perundangan (legislatif) Hong Kong.

Sementara itu, Tam dalam Facebooknya menyebut akan membuat rayuan.

“Keputusan terhadap saya menjejaskan kebebasan bersuara rakyat Hong Kong, tulisnya.

Hukuman 40 bulan penjara, mungkin bukan penamat tindakan undang-undang terhadapanya kerana permohonannya untuk dikat jamin dalam kes lain berkaitan Undang Undang Keselamatan Negara, ditolak. -AFP

Media Baharu