fb fb fb fb fb

Ubat turun berat badan popular berisiko melumpuhkan perut - Kajian

(FOTO REUTERS)

WASHINGTON, 6 Oktober - Dadah seperti Ozempic, yang semakin popular untuk mengurangkan berat badan meningkatkan risiko masalah gastrousus teruk termasuk lumpuh perut, menurut satu kajian yang diterbitkan pada Khamis.

Kajian yang diterbitkan menerusi Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA) melihat kepada pengelasan ubat-ubatan yang dipanggil agonis GLP-1 termasuk jenama Wegovy, Ozempic, Rybelsus dan Saxenda.

Kajian juga turut membandingkan kadar kesan sampingan yang serius kepada kelas ubat penurunan berat badan yang lain iaitu bupropion-naltrexone.

Agonis GLP-1 dikaitkan dengan peningkatan hampir empat kali ganda risiko kelumpuhan perut, sembilan kali lebih tinggi risiko pankreatitis dan empat kali lebih besar mengalami usus tersumbat.

Keadaan itu boleh menyebabkan kemasukan ke hospital dan memerlukan pembedahan bergantung pada tahap keseriusan kecederaan yang dialami.

(FOTO REUTERS)

"Memandangkan penggunaan meluas ubat-ubatan ini, hal ini walaupun jarang berlaku, harus dipertimbangkan oleh pesakit yang berfikir menggunakannya untuk menurunkan berat badan," kata penulis utama Mohit Sodhi, seorang pelajar perubatan di Universiti British Columbia, Kanada, dalam satu kenyataan.

"Kalkulus risiko akan berbeza bergantung kepada sama ada pesakit menggunakan ubat ini untuk kencing manis, obesiti atau hanya penurunan berat badan secara am," tambahnya. "Orang yang sihat mungkin kurang bersedia menerima kejadian buruk yang mungkin serius ini."

Pada asalnya dibangunkan untuk menguruskan diabetes Jenis 2, agonis GLP-1 telah menjadi popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini sebagai satu cara untuk menurunkan berat badan, terutamanya melalui penggunaan "luar label".

Saxenda dan Wegovy telah diluluskan untuk penurunan berat badan pada 2020 dan 2021, namun menerusi ujian klinikal yang digunakan untuk memberi penerangan, terlalu sedikit masyarakat untuk mendengar dan menerimanya kerana kesannya tidak berlaku serta merta selain ianya jarang berlaku, kata penyelidik.

Pakar epidemiologi dan pengarang bersama, Mahyar Etminan berkata walaupun terdapat laporan anekdot mengenai beberapa pesakit yang menggunakan ubat ini untuk penurunan berat badan dan kemudian mengalami episod loya dan muntah yang berulang akibat lumpuh perut, kajian semasa itu adalah merupakan kajian pertama kali yang dilakukan dalam skala yang besar.

Penulis turut menjejaki rekod pesakit Amerika Syarikat (AS) untuk mencari orang yang diberi liraglutide atau semaglutide, dua agonis GLP-1 utama atau bupropion/naltrexone, ubat penurunan berat badan bukan GLP-1, untuk melihat berapa ramai yang telah mengalami masalah gastrousus tertentu.

Analisis mereka termasuk pesakit yang mempunyai sejarah obesiti baru-baru ini namun mengecualikan mereka yang menghidap diabetes atau yang telah ditetapkan ubat antidiabetik lain dan mendapati hanya lebih 5,400 rekod telah dimasukkan ke dalam analisis akhir.

"Hasil daripada kajian ini menyerlahkan betapa pentingnya pesakit mengakses ubat itu melalui profesional perubatan yang dipercayai, dan hanya dengan sokongan dan pemantauan berterusan," kata Simon Cork, pensyarah kanan di Anglia Ruskin University.

"Adalah penting bahawa peraturan diperketatkan untuk memastikan bahawa ubat ini hanya ditetapkan dalam keadaan yang betul."-AFP

Media Baharu