fb fb fb fb fb

UAE terus hulur bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui udara

Foto Reuters

GAZA, 1 Ogos – Emiriah Arab Bersatu (UAE) meneruskan usaha kemanusiaannya ke Gaza dengan melaksanakan 58 operasi penurunan bantuan udara dalam tempoh lima hari berturut-turut, melibatkan 3,787 tan makanan dan bekalan.

Selain itu, sebanyak 41 trak bantuan turut memasuki Gaza, termasuk 12 trak membawa bekalan perubatan untuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Langkah itu diambil susulan krisis bekalan makanan yang semakin meruncing di Gaza sejak Israel memutuskan semua bekalan ke wilayah itu pada Mac.

Walaupun sekatan dilonggarkan pada Mei, ia masih tertakluk kepada kawalan ketat yang menurut Israel bertujuan menghalang penyalahgunaan bantuan.

Krisis kemanusiaan terus memburuk pada Jun dan Julai, dengan WHO memberi amaran risiko kebuluran besar-besaran.

Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan 151 kematian akibat kekurangan zat makanan, termasuk 89 kanak-kanak.

Israel menafikan niat menyebabkan kebuluran, dan mengumumkan beberapa langkah bagi melancarkan kemasukan bantuan, termasuk penurunan makanan dari udara dan pembukaan laluan selamat. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN