fb fb fb fb fb

Twit Elon Musk adalah jenaka

(10 Februari 2022 Elon Musk memberi isyarat semasa dia bercakap semasa sidang akhbar di SpaceX)

WASHINGTON, 17 Ogos- Twit CEO Tesla dan SpaceX, Elon Musk yang tular berkenaan hasrat pembelian Manchester United adalah jenaka.

Perkongsian yang telah ditwit melebihi 81,000 kali itu, turut mendapat lebih 470,00 tanda suka.

Hasil daripada perkongsian tersebut, beliau menyatakan "Tidak, ini adalah jenaka yang sudah lama di Twitter. Saya tidak membeli mana-mana pasukan sukan," jawab Musk, selepas tweet asalnya memperoleh lebih 500,000 tanda suka dalam masa beberapa jam.

Beliau turut menambah, "Walaupun, jika mana-mana pasukan, ia adalah Man U. Mereka adalah pasukan kegemaran saya semasa kecil."

Walaupun menyebutnya sebagai jenaka, tweet Musk boleh menyebabkan dia menghadapi masalah dengan pengawal selia Amerika Syarikat. -AFP

 


(Foto diambil pada 10 Februari 2022, Ketika Elon Musk bercakap semasa sidang akhbar SpaceX)

Media Baharu