fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Turkiye sambung semula operasi penyaluran minyak mentah dari Iraq minggu ini

ISTANBUL, 2 Oktober - Turkiye pada Isnin berkata saluran paip minyak Iraq yang dihentikan operasinya pada Mac kerana pertikaian pembayaran yang melibatkan wilayah autonomi Kurdish akan menyambung semula pengepaman minyak mentah minggu ini.

Turkiye menutup saluran paip itu selepas mahkamah timbang tara memerintahkan Ankara membayar kira-kira $1.5 bilion ganti rugi kepada Baghdad kerana mengangkut minyak dari wilayah Kurdistan tanpa kelulusan Iraq.

Ankara membantah keputusan itu dan menuntut ganti ruginya sendiri.

Wilayah autonomi Kurdish telah mengeksport kira-kira 450,000 tong minyak mentah setiap hari sebelum saluran paip itu ditutup.

Menteri Tenaga Turkiye, Alparslan Bayraktar berkata pada forum tenaga di Abu Dhabi bahawa pertikaian telah diselesaikan dan "kami akan mula mengendalikan (talian paip) minggu ini" namun tidak mendedahkan butiran perjanjian tersebut.

Turkiye sebelum ini berkata ia sedang menjalankan pembaikan pada bahagian sambungan paip minyaknya susulan gempa bumi besar pada Februari.

Kerajaan Iraq dan wilayah autonomi Kurdistan telah menandatangani perjanjian minyak sementara mereka sendiri pada bulan April.

Perjanjian itu menandakan berakhirnya eksport minyak bebas oleh kerajaan wilayah Kurdish di utara Iraq.-AFP