ISTANBUL, 17 Januari- Turkiye mula mengenakan bayaran untuk pelancong yang melawat Hagia Sophia.
Bayaran sebanyak 25 Euros setiap seorang dikenakan, bagi memasuki bangunan kurun ke-6 itu, yang secara rasmi dijadikan masjid pada tahun 2020 itu.
Pintu utama Hagia Sophia kini dikhususkan untuk warga Turkiye saja.
Tiket masuk tersebut memberikan pengunjung asing akses ke terowong terbuka, yang membolehkan pelawat masuk ke Hagia Sophia, tanpa mengganggu sesi solat dan acara keagamaan.
Warga asing yang beragama Islam juga perlu membeli tiket, walaupun untuk bersolat.
Tiket masuk ke Hagia Sophia juga memberikan akses kepada galeri di bahagian atas dan muzium di tapak Warisan Dunia UNESCO berkenaan.
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Mehmet Nuri Ersoy mengumumkan langkah menjual tiket ke Hagia Sophia pada Oktober tahun lalu.-AFP