ISTANBUL, 24 Julai – Turkiye memperkenalkan peluru berpandu hipersonik pertama yang dibangunkan sepenuhnya di dalam negara sempena Pameran Industri Pertahanan Antarabangsa (IDEF) yang berlangsung di Istanbul.
Rakaman yang dikeluarkan oleh syarikat pertahanan tempatan, Roketsan, memaparkan senjata baharu berteknologi tinggi itu, dikenali sebagai Tayfun Block-4, sedang dipamerkan kepada umum di acara pertahanan berprestij tersebut.
Peluru berpandu hipersonik kebiasaannya membawa hulu ledak yang mampu meluncur pada kelajuan melebihi lima kali ganda kelajuan bunyi, iaitu sekitar 6,200 kilometer sejam (3,850 batu sejam), selain mampu melakukan manuver pada altitud yang rendah bagi mengelak sistem pertahanan musuh.
Amerika Syarikat, China, Rusia dan beberapa negara lain turut memperhebat pembangunan senjata hipersonik dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sebagai sebahagian daripada perlumbaan persenjataan berasaskan teknologi canggih. -REUTERS