WARSAW, 24 Julai – Angkasawan Poland, Slawosz Uznanski-Wisniewski, disambut sebagai wira sejurus tiba di Warsaw pada Khamis selepas menyempurnakan misi bersejarah ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Uznanski-Wisniewski, 41 tahun, merupakan anggota misi Axiom 4 yang terdiri daripada empat kru, dilancarkan pada Jun lalu dan selamat kembali ke Bumi pada 15 Julai.
Kepulangan beliau mencetuskan kegembiraan rakyat Poland yang teruja menyaksikan angkasawan pertama negara itu ke angkasa lepas sejak Mirosław Hermaszewski pada tahun 1978.
Setibanya di Lapangan Terbang Chopin, Warsaw, beliau disambut oleh ratusan peminat yang membawa hadiah serta karya seni bertemakan angkasa, sebagai tanda penghargaan.
“Saya berharap misi ini menjadi sumber inspirasi besar kepada kanak-kanak Poland dan seluruh negara,” katanya kepada media.
“Kita kini mempunyai alamat sendiri di sana,” ujarnya sambil merujuk kepada Stesen Angkasa Antarabangsa. -REUTERS