ANKARA, 2 Disember - Presiden Turkiye, Tayyip Erdogan mengecam keras serangan ke atas kapal komersil di Laut Hitam.
Beliau turut memberi amaran kepada pihak yang terlibat agar perkara tersebut tidak berulang kembali.
Dalam insiden tersebut, sebuah kapal tanpa pemandu dilaporkan menyerang sebuah kapal tangki di luar pantai utara Turkiye.
Serangan berkenaan meningkatkan kebimbangan, perang antara Rusia dan Ukraine akan terus berkembang.
Erdogan menegaskan, pihaknya tidak akan berkrompomi dengan perkara tersebut.
"Kami tidak boleh membenarkan serangan ini. Kami mengeluarkan amaran yang diperlukan kepada semua pihak," tambahnya.
Menurut laporan awal, dua kapal tangki menuju ke pelabuhan Rusia untuk menghantar minyak untuk pasaran antarabangsa diserang dron Tentera Laut Ukraine.
Serangan bertujuan memberi tekanan kepada industri minyak Moscow.-REUTERS