fb fb fb fb fb

Ribuan polis dikerah, kawal keselamatan delegasi mesyuarat ASEAN SEOM

200 delegasi dijangkat hadir ke Mesyuarat ASEAN SEOM ke Pulau Boracay, Filipina.-Foto Reuters

ILOILO CITY, 2 Disember - Pejabat Polis Wilayah di Visayas Barat (PRO-6) akan menugaskan 1,500 anggota bagi membantu mengawal keselamatan para delegasi ke Mesyuarat Pemukiman Pegawai Kanan ASEAN (ASEAN SEOM) pada 10-13 Disember di Pulau Boracay, Malay, Aklan.

Menurut Agensi Berita Filipina, engarah PRO-6, Brigedier Jeneral Josefino Ligan, mereka akan menyediakan keselamatan kepada kira-kira 200 delegasi dan juga pelancong yang melawat pulau tersebut.

“Perlu diingatkan yang Pulau Boracay adalah kawasan terpencil. Mudah untuk diselenggara keselamatannya dengan kerjasama Pengawal Pantai Filipina dan Polis Maritim. Mereka akan bertanggungjawab terhadap kawasan pesisir,” katanya dalam taklimat media pada Isnin.

Beliau berkata, mereka tidak menutup mana-mana kawasan di Boracay dan pulau itu akan tetap dibuka kepada pelawat dan tetamu.

Daripada jumlah keseluruhan anggota polis, kira-kira 500 akan datang dari wilayah lain di Visayas Barat, manakala selebihnya dari Aklan.

Ligan berkata, mereka akan menubuhkan pusat penyelarasan pelbagai agensi di kawasan itu.Mereka juga akan mengadakan aktiviti pelepasan di Pejabat Polis Wilayah Aklan pada 7 Disember.- BERNAMA

ASHRIQ FAHMY AHMAD