fb fb fb fb fb

Congo kini bebas wabak Ebola

Congo tetap pertingkat pengawasan terhadap penularan wabak Ebola.-Foto Reuters

KINSHASA, 2 Disember - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan wabak Ebola di Republik Demokratik Congo kini telah berakhir.

Ia susulan negara itu tidak mencatatkan sebarang kes baharu selama 42 hari berturut-turut.

Wabak tersebut pertama kali di kesan di Wilayah Kasai pada 2022.

Kementerian Kesihatan memaklumkan, daripada 64 kes, 45 orang telah meninggal dunia dan 19 individu berjaya dipulihkan

Bagi mengekang penyebaran wabak tersebut, Congo menggunakan sistem pengawasan kebangsaan yang telah diubah suai.

Ia membolehkan pihak berkuasa memetakan kawasan yang terjejas dengan pantas dan membendung penularannya.

Congo akan memulakan tempoh pengawasan penyakit yang dipertingkatkan selama 90 hari.

Ebola merupakan wabak yang ke-16 menyerang Afrika Tengah.

Penyakit itu pertama kali dikesan pada tahun 1976.

Tiada kes baharu sejak 25 September, dan pesakit Ebola terakhir dibenarkan pulang pada 19 Oktober.-REUTERS

ASHRIQ FAHMY AHMAD