fb fb fb fb fb

Kebakaran di Hongkong, siasatan terperinci sedang dilaksana

Kebakaran bangunan kediaman di Hongkong dipercayai akibat penggunaan bahan binaan tidak berkualiti-Foto REUTERS

HONGKONG, 2 Disember- Siasatan terhadap insiden kebakaran terburuk yang mengorbankan 151 nyawa di bandar ini sedang diperinci.

Laporan awal mendapati bahan binaan yang digunakan dalam projek ubah suai bangunan tidak berkualiti dipercayai menjadi punca tercetusnya kebakaran tersebut.

Pihak berkuasa mendedahkan, kebanyakan mayat mangsa ditemukan dalam keadaan sedang melarikan diri daripada kebakaran melibatkan tujuh blok kediaman Wang Fuk Court.

Mayat mangsa ditemukan di kawasan tangga dan di atas bumbung, terperangkap ketika mangsa berusaha menyelamatkan diri.

Ketika ini, lebih 40 individu dilaporkan masih hilang.

Menurut seorang pegawai polis, Tsung Shuk Yin, banyak mayat hangus terbakar dan telah menjadi abu, menyukarkan proses pengecaman.-REUTERS

ASHRIQ FAHMY AHMAD