fb fb fb fb fb

Turkiye, Itali, Libya adakan mesyuarat tiga hala di Istanbul

Foto Reuters

ISTANBUL, 1 Ogos – Pemimpin Turkiye, Itali dan Libya telah mengadakan satu mesyuarat tiga hala di Istanbul pada Jumaat.

Presiden Turkiye, Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni dan Perdana Menteri Libya yang diiktiraf secara antarabangsa, Abdulhamid al-Dbeibah, bertemu di Istana Dolmabahce.

Mereka dijangka membincangkan pelbagai isu berkaitan rantau Mediterranean, termasuk usaha memperkukuh kerjasama dalam sektor tenaga dan minyak serta isu migrasi. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN