fb fb fb fb fb

Tunjuk perasaan ekoran kematian lelaki kulit hitam

OHIO, 2 Julai - Sekumpulan penunjuk perasaan mengadakan bantahan di Akron, sebuah bandar di sini, di Amerika Syarikat susulan kematian seorang lagi lelaki kulit hitam awal minggu ini.

Jayland Walker, 25 tahun maut ditembak polis semasa cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa.

Media tempatan melaporkan berpuluh-puluh tembakan dilepaskan semasa cuba menahan Walker atas kesalahan trafik.

(FOTO AFP)

Penunjuk perasaan merancang mengadakan bantahan lebih besar esok berikutan insiden itu.

Polis Ohio telah memberikan beberapa keterangan dan berjanji akan mendedahkan rakaman video kamera badan berhubung insiden berkenaan. - AFP

Media Baharu