WASHINGTON, 2 Julai - Pentagon mengumumkan sejumlah AS$820 juta peruntukan bagi penambahan senjata dan peluru kepada Ukraine.
Pakej persenjataan yang ke-14 untuk tentera Ukraine turut merangkumi dua sistem pertahanan udara, 150,000 butir peluru artileri 155 milimeter dan empat radar penangkis artileri tambahan.
(FOTO HIASAN)
Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan Amerika, Todd Breasseale dalam satu kenyataan berkata Amerika akan terus bekerjasama dengan sekutu dan rakan kongsinya untuk membantu Ukraine.
Ia bagi menyediakan negara Eropah timur itu dengan keupayaan bagi memenuhi keperluan menentang Rusia di medan perang. - AFP