fb fb fb fb fb

Tunjuk perasaan di Rusia, lebih 700 orang ditahan

(Foto AFP)

MOSCOW, 25 September- Pihak berkuasa Rusia menahan lebih 700 penunjuk perasaan, pada Sabtu dalam tunjuk perasaan yang dianjurkan di seluruh negara itu bagi membantah rancangan Presiden Vladimir Putin mengerahkan tentera simpanan dan orang awam ke Ukraine.

Menurut kumpulan pemerhati bebas, OVD-Info, sekurang-kurangnya 726 orang ditahan di 32 bandar dengan sebahagian daripadanya ditahan di Moscow.


(Polis menahan seorang lelaki di Saint Petersburg/AFP)

Seorang wartawan AFP menyaksikan pihak polis dalam kumpulan yang besar di kawasan tengah Chistye Prudy di Moscow. Pihak polis juga menahan kira-kira 20 orang.

Kebanyakan penunjuk perasaan berjalan secara individu atau dalam kumpulan kecil bagi mengelak daripada dikesan dan ditahan oleh polis.

Di bandar kedua terbesar di Rusia, Saint Petersburg, menyaksikan 30 orang ditahan pihak berkuasa.

Sejak Putin mengumumkan pengerahan separa tentera pada Rabu lalu, pihak berkuasa Rusia telah menahan lebih 1,300 orang.

Rusia mempertahankan prosedur itu pada hari Khamis, dengan mengatakan "ia tidak melanggar undang-undang".

Pihak berkuasa Rusia telah bertindak keras terhadap kritikan terhadap operasi ketenteraan di Ukraine, dan menahan beribu-ribu penunjuk perasaan sejak permulaan konflik pada Februari.-AFP

Media Baharu