fb fb fb fb fb

Tumpahan minyak, lebih 40 sukarelawan bersihkan pantai

(Foto REUTERS)

POLA, 7 Mac- Lebih 40 sukarelawan dan kakitangan pengawal pantai membersihkan tumpahan minyak kapal karam yang dihanyutkan ke pantai Pulau Mindoro.

Tumpahan berkenaan telah mengotorkan kebanyakan pantai di sini.

Menurut penduduk dikenali Maribel Famadico, minyak terbabit sangat pekat dan mempunyai bau yang kuat.

"Penduduk memakai peralatan perlindungan diri yang lengkap untuk membersihkan tumpahan minyak itu.

"Ramai yang tidak sihat kerana bau busuk ini," katanya kepada pemberita di sini.

Saintis marin di Universiti Filipina berkata kira-kira 36,000 hektar terumbu karang, bakau dan rumput laut berisiko terjejas akibat tumpahan minyak itu.

Terdahulu, kapal tangki, MT Princess Empress karam ketika dalam perjalanan ke wilayah Iloilo di tengah Filipina.

Kapal tersebut membawa 20 anak kapal dan kira-kira 800,000 liter minyak bahan api industri.

Kementerian Alam Sekitar Filipina berkata kapal tersebut dianggap berada 1,200 kaki di bawah paras laut.

Katanya, kenderaan autonomi kendalian jauh akan digunakan untuk membantu menentukan lokasi sebenar kapal tangki itu - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu