fb fb fb fb fb

Kanada, Denmark haramkan TikTok demi keselamatan negara

(Foto AFP)

AMERIKA SYARIKAT, 7 Mac- Kongres Amerika Syarikat (AS) meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) bertujuan memberikan presiden kuasa untuk mengharamkan TikTok dan aplikasi yang boleh mengundang risiko keselamatan.

Usaha itu bagi menangani ancaman aplikasi video milik China itu dan teknologi asing lain yang semakin canggih.

White House juga sedang meneliti RUU itu sebelum mengambil tindakan susulan.

RUU itu dikemuka selepas wakil rakyat khuatir dengan isu keselamatan membabitkan Chindata.

Terdahulu, kecaman terhadap TikTok semakin meningkat susulan kebimbangan data pengguna yang dikuasai kerajaan China, sekali gus menjejaskan kepentingan keselamatan barat.

Kanada dan Denmark turut mengumumkan pengharaman TikTok atas dasar keselamatan negara, selain mengelakkan kebocoran maklumat.

Bagaimanapun TikTok masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung sekatan itu.- AFP


(Foto AFP)

Media Baharu