fb fb fb fb fb

Australia naikkan OPR kepada 3.6%

(Foto AFP)

SYDNEY, 7 Mac- Bank Pusat Australia menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 3.6 peratus.

Kenaikan 25 mata asas itu merupakan tertinggi dalam tempoh 11 tahun.

Gabenornya, Philip Lowe berkata ia juga merupakan kenaikan ke 10 berturut-turut.

"Kenaikan tidak dapat dielakkan susulan inflasi.

"Saya menjangkakan beberapa lagi siri kenaikan menanti para peminjam bank," katanya kepada pemberita di sini.

Bank negara itu turut menerima kritikan daripada orang ramai berikutan peningkatan bayaran balik.

Ini kerana ketika ini rakyat sedang bergelut menghadapi kenaikan harga makanan dan tarif elektrik. - AFP


(Foto AFP)

Media Baharu