fb fb fb fb fb

Tanah runtuh: 15 maut, 42 hilang di Indonesia

(Foto REUTERS)

RIAU, 7 Mac- Seramai 15 orang maut manakala 42 lagi hilang akibat tanah runtuh di Kepulauan Natuna, Indonesia.

Menurut wakil pihak berkuasa, Patli Muhammad, operasi mencari dan menyelamat dipergiatkan bagi mencari mangsa lain di lokasi kejadian.

"Sekurang-kurangnya empat orang cedera parah selepas lumpur memenuhi kawasan kejiranan di daerah Serasan berikutan hujan lebat pada Isnin.

"Kejadian mengakibatkan lebih 1,200 hilang tempat tinggal.

"Cuaca buruk dan kawasan kejadian yang sukar diakses menghalang usaha menyelamat," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, anggota tentera dikerah ke lokasi kejadian bagi membantu operasi. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu