fb fb fb fb fb

Gempa bumi bermagnitud 6.0 landa Filipina

(Foto AFP)

MANILA, 7 Mac- Gempa bumi bermagnitud 6.0 menggegarkan selatan Filipina pada Selasa.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), ia berlaku beberapa kilometer dari perbandaran Maragusan di wilayah pergunungan perlombongan emas Davao de Oro di Pulau Mindanao.

Pihak berkuasa tempatan memberi amaran tentang gegaran susulan dan kerosakan.

Sementara itu, Pejabat Bencana Maragusan berkata pihaknya sedang menyemak laporan mengenai tanah runtuh di lebuh raya.

Pejabat itu juga tidak menerima sebarang laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa. - AFP


(Foto AFP)

Media Baharu