fb fb fb fb fb

China setuju susun semula pinjaman dengan Sri Lanka

Foto Hiasan

COLOMBO, 7 Mac- China bersetuju menyusun semula pinjamannya dengan Sri Lanka, dalam usaha menyelesaikan halangan terakhir kepada penyelamatan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Perkara tersebut disahkan Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe hari ini.

Exim Bank milik negara China menghantar surat kepada IMF pada malam Isnin menyatakan kesediaan Beijing untuk menyusun semula kredit kepada Sri Lanka.

Tambahnya, beliau menjangkakan bahagian pertama pakej IMF akan dikeluarkan dalam tempoh sebulan.

"Tidak lama kemudian surat daripada Exim Bank of China dihantar kepada IMF, saya menandatangani Surat Niat Sri Lanka untuk menyertai program IMF," katanya.

Sri Lanka gagal membayar hutang asingnya yang berjumlah AS$46 bilion pada April lalu semasa krisis ekonominya sekali gus menyebabkan kekurangan makanan dan bahan api selama berbulan-bulan di seluruh negara Asia Selatan itu.


(FOTO AFP)

Hanya lebih AS$14 bilion daripada itu adalah hutang dua hala kepada kerajaan asing, di mana China memegang 52 peratus.

Kerajaan Wickremesinghe telah berusaha untuk mendapatkan pakej menyelamat bernilai AS$2.9 bilion daripada IMF untuk memulihkan kewangan awam Sri Lanka yang musnah.

Pentadbirannya telah mengenakan kenaikan cukai yang mendadak, menamatkan subsidi ke atas petrol dan elektrik dan membuat rancangan untuk menjual perusahaan negeri yang merugikan bagi memenuhi syarat menyelamat.-AFP

Media Baharu