fb fb fb fb fb

Korea Utara beri amaran perang

(Foto fail Reuters)

SEOUL, 7 Mac- Korea Utara memberi amaran akan mengisytiharkan perang, jika peluru berpandunya ditembak semasa pelancaran ujian di Lautan Pasifik.

Kenyataan rasmi oleh kakak kepada pemimpin Kim Jong Un, Kim Yo Jong itu ditujukan kepada Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan.

Kedua-dua negara itu giat bekerjasama dalam pertahanan, terutama latihan bersama, bagi persediaan ancaman senjata nuklear Pyongyang.

Kim berkata, senjata nuklear dan program peluru berpandu tersebut merupakan pertahanan negara dan menganggap latihan bersama AS-Korea Selatan sebagai pencerobohan.

"Ia akan dianggap sebagai pengisytiharan perang yang jelas terhadap Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), sekiranya tindak balas ketenteraan seperti pemintasan berlaku terhadap ujian senjata strategik kami," kata Kim dalam satu kenyataan.

(Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dan kakaknya Kim Yo Jong/Foto fail Reuters)

Dalam kenyataan berasingan, Kementerian Luar Korea Utara menuduh AS "sengaja" meningkatkan ketegangan.

"Latihan udara bersama baru-baru ini jelas menunjukkan Amerika Syarikat menggunakan senjata nuklear terhadap DPRK pada tahap perang sebenar," katanya dalam satu kenyataan yang diterbitkan Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), pada Selasa.

"Kami menyatakan kekesalan yang mendalam atas tindakan tidak bertanggungjawab dan membimbangkan AS dan Korea Selatan," katanya.

Bulan ini, tentera AS dan Korea Selatan akan mengadakan latihan bersama terbesar mereka dalam tempoh lima tahun.-AFP

Media Baharu