fb fb fb fb fb

Iraq mahukan lebih banyak kerjasama dengan UNESCO

(Foto REUTERS)

BAGHDAD, 7 Mac- Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Audrey Azoulay memulakan lawatan tiga hari ke Iraq pada Isnin.

Lawatan berkenaan merangkumi Baghdad, Mosul dan Erbil.

Azoulay berkata Iraq mempunyai tapak warisan arkeologi dan budaya yang banyak.

"Muzium Iraq dibuka pada tahun 2022.

"Ia mewakili sejarah negara ini, dari Sumeria ke Akkadia, Babylon ke Assyria.

"Muzium berkenaan mengalami konflik berpuluh tahun di negara itu," katanya kepada pemberita di sini.

Muzium Iraq dibuka semula kepada orang awam, selepas ditutup sebelum ini akibat pencerobohan.

Sementara itu, Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia Al-Sudani berkata Iraq menantikan lebih banyak kerjasama dengan UNESCO dalam pelbagai sektor.

Hal ini termasuk memulihkan tapak arkeologi yang dirosakkan oleh militan.- REUTERS


 (Foto REUTERS)

Media Baharu