fb fb fb fb fb

Isu pencen, Perancis berdepan mogok pekerja

FOTO AFP

PARIS, 7 Mac- Protes dan mogok berhubung kontroversi pembaharuan pencen di Perancis terus berlarutan sehingga hari ini.

Kesatuan pekerja di Perancis hari menyasarkan pertemuan penting dengan Presiden, Emmanuel Macron untuk merealisasikan bantahan itu.

Kesatuan berikrar untuk meneruskan mogok dalam usaha menidakkan perubahan cadangan termasuk kenaikan umur persaraan daripada 62 kepada 64 tahun dan penambahan bilangan tahun pekerja untuk membuat caruman bagi mendapatkan pencen penuh.

"Saya menyeru semua pekerja negara, rakyat dan pesara yang menentang pembaharuan pencen untuk keluar dan membantah beramai-ramai," kata ketua kesatuan CFDT Laurent Berger kepada stesen radio France Inter pada Isnin.

"Presiden tidak boleh kekal pekak terhadap protes itu. Hari ini terdapat pergerakan sosial yang besar dan ia memerlukan tindak balas politik," tambahnya.


(Presiden Perancis, Emmanuel Macron/AFP)

Presiden meletakkan rancangan itu sebagai tumpuan kempen pemilihan semulanya tahun lalu dan kabinetnya berkata perubahan itu penting untuk mengelakkan sistem pencen jatuh ke dalam defisit pada tahun-tahun akan datang.

Menurut tinjauan kumpulan Elabe pada Isnin, mereka menghadapi tentangan hebat daripada parlimen dan jalanan, dengan hampir dua daripada tiga orang di seluruh negara menyokong bantahan terhadapnya.

Mulai Selasa, kesatuan sekerja telah memberi amaran akan melancarkan mogok ke atas pengangkutan awam yang boleh melumpuhkan bahagian negara selama berminggu-minggu.

Polis menjangkakan antara 1.1 dan 1.4 juta orang akan turun ke jalan pada Selasa di lebih 260 lokasi di seluruh negara, kata sumber kepada AFP dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.-AFP

Media Baharu