fb fb fb fb fb

Rakyat Indonesia belanja puluhan bilion, perubatan di luar negara

FOTO REUTERS

JAKARTA, 7 Mac- Rakyat Indonesia membelanjakan 165 trilion rupiah atau RM47.9 bilion setahun untuk rawatan perubatan di luar negara, khususnya Malaysia.

Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata hampir satu juta pesakit Indonesia mengunjungi Malaysia untuk mendapatkan rawatan manakala kira-kira 750,000 lagi ke Singapura dan negara lain termasuk Jepun, Amerika Syarikat dan Jerman.

Ketika berucap pada majlis perasmian hospital swasta baharu di Bandung, Jawa Barat beliau berharap keadaan tersebut tidak dibiarkan berterusan.

Jokowi memberi jaminan kerajaan Indonesia menyokong penuh pembinaan lebih banyak hospital bertaraf antarabangsa bagi mengelakkan negara kehilangan sejumlah besar pertukaran asing.

Kenyataan Pejabat Sekretariat Kabinet pula menyebut, Presiden Indonesia menggesa kementerian kesihatan dan pendidikan menyelesaikan masalah kekurangan doktor pakar bagi menambah baik perkhidmatan kesihatan.

Ia kerana peralatan perubatan mencukupi dan kemudahan fizikal yang sempurna menjadi faktor utama bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.


(FOTO REUTERS)

Media Baharu